AZ Meat Enterprise
202403110087
(IP0596145-X)
Segalanya berkenaan daging
Hentian daging anda.
Dari A to Z
Kami adalah perniagaan tempatan sepenuhnya yang terletak di Balik Pulau, Pulau Pinang. Kami bukan hanya sebuah kedai daging. Produk kami meliputi daging burger, stik , bebola daging dan juga kebab. Jika produk yang anda kehendaki tiada dalam senarai, sila hubungi kami untuk berbincang mengenai keperluan anda.









“Matlamat utama kami adalah untuk menyediakan produk yang halal dan berkualiti tinggi kepada semua pelanggan kami. Pelanggan yang berpuas hati adalah tanda kami telah menjalankan tugas dengan baik.”
Azim

PERKHIDMATAN MEMOTONG
Perlukan daging anda dipotong supaya menepati keperluan memasak anda? Dengan mesin – mesin kami, kami boleh potong, bungkus secara vakum dan hantar semula kepada anda.

PEMBUNGKUSAN OEM
Dari pek plastik khas sehingga meletakkan logo anda pada kotak, kami boleh menyediakannya untuk anda.

Pilihan yang luas
Timur bertemu Barat. Dari stik, bebola daging sehinggalah sate, kami memenuhi semua keperluan anda.

PENGHANTARAN RANTAIAN SEJUK
Dengan menggunakan trak rantaian sejuk kami dan juga perkhidmatan penghantar rantaian sejuk yang luas, anda tidak perlu risau tentang kesegaran produk anda.
Antara produk – produk kami:

Daging BURGER
80, 100, 150 dan 200 gram

BEBOLA DAGING
20 dan 40 gram

kebab
Ayam, lembu dan kambing

DAGING KISAR
Ayam, lembu dan kambing

PRODUK KAMI DIBUAT KHAS UNTUK KEPERLUAN PERNIAGAAN ANDA
jumpa kami di langkawi!
Pada 30 dan 31 Disember 2024, kami akan memasang khemah jualan di Billion Kuah dan Billon Kedawang. Jemput datang dan berjumpa kami di sana!
Kami mendengar permintaan anda
Kami kini menjual Chicken Chop pada harga yang berpatutan. Sangat sesuai untuk kegunaan anda di rumah dan juga perniagaan anda. Boleh didapati dalam saiz 8, 9, 10 dan 11.
Anda inginkan tiram? Tiram kami diterbangkan khas dari Sabah. Hanya di AZ Meat Enterprise.